Yamaha Y15ZR 2021 Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

- Advertisement -

Pada awal Januari yang lalu model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Vietnam. Bagi pasaran Malaysia pula, motosikal ini lebih dikenali sebagai sebagai Y15ZR atau YSUKU.

Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya telah berjaya merakam beberapa keping gambar YSUKU model 2021 semasa menunggu lampu trafik merah. Difahamkan lokasi gambar tersebut diambil sekitar jalan Sungai Choh, Selangor.

vocket-y-suku-baru-1

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE RGM

vocket-y-suku-baru-2

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE RGM

vocket-y-suku-baru-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE RGM

vocket-y-suku-sungai-choh

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE RGM

vocket-y-suku-baru-1-masuk-malaysia-vietnam

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK PAGE RGM

Rekaan model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 yang nampak lebih sporty dan bergaya ini dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dengan peningkatan kuasa kepada 17.7Hp pada 9,500 rpm dan Tork 14.4Nm pada 8,000 rpm.

Masih belum ada ‘berita’ daripada Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HYLM) mengenai pelancaran model ini di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Jangan lupa untuk mengikuti channel Telegram rasmi The Vocket supaya anda tidak terlepas berita pelancaran model Y-Suku 2021 untuk pasaran Malaysia ini nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat