Tindakan Segera Baiki Jalan, Jambatan Rosak Akibat Banjir Di Sabah – Bung Moktar

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan mengambil tindakan segera, bagi membaiki jalan serta jambatan yang rosak akibat bencana banjir yang berlaku di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata, keadaan cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lepas dengan hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir berlaku, menjadi punca banyak jalan dan jambatan rosak terutamanya di daerah Pitas selain di Kota Marudu dan Beluran.

“Saya sudah menerima laporan dari JKR mengenai kejadian ini dan jurutera daerah JKR di kawasan yang terlibat dengan musibah ini, telah turun padang memantau serta memberikan laporan teperinci mengenai kerosakan yang dialami.

“Bagi kes jalan runtuh yang tidak terlalu serius, kerja-kerja pembersihan telah pun dilaksanakan oleh pihak JKR, termasuk jalan-jalan di bawah jagaan kontraktor atau syarikat yang mendapat konsesi penyelenggaran,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata bagi kes-kes jalan runtuh termasuk jambatan yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi penilaian akan dilakukan, bagi menentukan anggaran kos pembaikan dan akan dilaksanakan segera bagi memastikan sistem perhubungan penduduk yang terlibat tidak terjejas.

Katanya semua jurutera daerah JKR diminta bersiap-siaga memantau keadaan, bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya hujan berterusan dan banjir berlaku yang berkemungkinan besar menyebabkan banyak jalan dan jambatan akan terjejas.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat