Peguam didakwa pecah amanah lebih RM1.37 juta

- Advertisement -

GEORGE TOWN: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM1.37 juta, lapan tahun lalu.

Zainal Fikri Ahmad, 57, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai seorang ejen kepada Firma Tetuan Zainal & Badrol iaitu peguam yang diamanahkan wang untuk pembelian tanah milik Syarikat JKP Sdn Bhd berjumlah RM1,370,865.18 dan telah melakukan pecah amanah terhadap wang tersebut di sini, antara 8 Jan dan 22 Nov 2013.

Dia dituduh menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh  diikat jamin RM20,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan 3 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Nasrullah Salem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– BERNAMA
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat