Hospital Swasta Setuju Kerjasama Dengan KMM Rawat Pesakit Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pemegang lesen hospital swasta secara dasarnya bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KMM) untuk merawat pesakit Covid-19 di fasiliti masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, persetujuan itu diutarakan ketika perbincangan awal pihaknya dengan APHM yang diadakan pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, Dr Noor Azmi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut sekali lagi dengan APHM supaya mereka dapat mengutarakan segala persoalan dan memanfaatkan sesi berkenaan.

“Secara dasarnya, pihak APHM sebagai mewakili hospital swasta menyatakan hasrat untuk berganding bahu, dan akan bersedia merawat pesakit Covid-19 di fasiliti masing-masing.

“Saya amat berpuas hati dengan hasil perbincangan dan semangat kolaborasi serta solidariti yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

“KKM menyambut baik perkembangan ini dan akan meneliti beberapa isu serta kebimbangan yang dibangkitkan oleh wakil APHM dalam perbincangan itu. Saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh sektor perkhidmatan swasta amnya dalam membantu memerangi COVID-19 di Malaysia,” katanya tadi.

Dr Noor Azmi berkata sebelum ini, pada peringkat awal kementerian bersetuju bahawa rawatan pesakit Covid-19 hanya berpusat di fasiliti kerajaan, namun dalam masa yang sama pihaknya tidak menghalang mana-mana hospital swasta untuk menawarkan perkhidmatan rawatan bagi pesakit Covid-19.

“Pada ketika ini, negara kita sedang menghadapi gelombang ketiga Covid-19 di mana ianya jauh lebih mencabar dari situasi sebelum ini. Sehubungan itu, sistem kesihatan awam dijangka akan berdepan cabaran untuk menyediakan perkhidmatan bagi menampung peningkatan ketara kes Covid-19.

“Mengambil kira perkara ini dan sebagai langkah persediaan seterusnya, saya mempengerusikan satu perbincangan awal bersama pihak APHM,” katanya.

Ketika ini, Malaysia sudah mencapai jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 147,855 kes dan semalam negara ini mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 3,337 kes baharu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat