Gesa Presiden UMNO Undur, Helmi Sedia Berdepan Tindakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejurus lantang menasihatkan Presiden UMNO berundur secara terhormat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Helmi Buang mempertahankan pendiriannya meskipun berdepan tindakan parti.

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

“Saya pejuang UMNO, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, UMNO akan dilihat lemah dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,” katanya memetik portal itu.

Dalam pada itu, Helmi bagaimanapun berkata keputusan itu adalah pendirian peribadinya.

Dalam pada itu, Helmi berkata beliau meminta Ahmad Zahid berehat secara terhormat demi kepentingan parti.

Hal ini ekoran melihat masih wujud “kluster” ataupun kelompok tertentu dalam UMNO yang cuba menjadi pencatur kuasa.

“Penyusunan semula parti tidak relevan, masih lagi ada kluster atau worlod (pemimpin berpengaruh) dalam UMNO yang bertanding untuk tentukan siapa berkuasa.

“Oleh itu Presiden parti perlu berehat secara terhormat,” katanya lagi.

Helmi berkata, saranannya ini tidak mempunyai kaitan dengan kes mahkamah dihadapi Ahmad Zahid selain mengakui Presiden UMNO itu bekerja untuk rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat