Banjir: Mangsa Di Pahang Menurun Kepada 7,990 Orang

- Advertisement -

KUANTAN: Seramai 7,990 mangsa daripada 2,208 keluarga masih ditempatkan di 102 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini, setakat 8 pagi ini.

Berbanding petang semalam, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 8,869 orang daripada 2,413 keluarga berada di 110 PPS di lapan daerah.

Berdasarkan rekod, Pekan mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 3,317 mangsa daripada 932 keluarga; diikuti Maran, 1,903 orang (547 keluarga) dan Kuantan, 878 orang (203 keluarga_,

Di Temerloh pula, ia merekodkan 790 mangsa daripada 227 keluarga; Bera, 715 orang (196 keluarga), Lipis, 353 oprang (93 keluarga) dan Jerantut, 34 orang (10 keluarga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my turut memaklumkan hanya tiga sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat