Ridhuan Tee Tak Dibenar Keluar TV Atas Arahan Menteri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli akademik dan penceramah popular Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan, beliau tidak dibenarkan keluar dalam rancangan terbitan Radio Television Malaysia (RTM), Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Sebelum itu, tular tangkap layar kumpulan WhatsApp yang memaparkan Ridhuan memberitahu kumpulan tersebut bahawa Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang sepatutnya disiarkan pada 15 Disember dibatalkan.

Dalam kumpulan itu, Ridhuan menulis bahawa pembatalan itu dibuat selepas mendapat arahan menteri.

“Baru dapat notis dari RTM, saya tak dibenarkan keluar TV1. Arahan menteri,” katanya.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan Ridhuan sebagai kesal apabila disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam.

Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana penampilannya.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” dia dipetik sebagai berkata.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat