PM Didesak Larang Menteri Keluar Surat Sokongan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak melarang menteri Kabinetnya mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang menyasarkan kontrak kerajaan gesa Kumpulan anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M).

Presiden TI-M, Muhammad Mohan berkata, surat sokongan memberi tekanan tidak perlu kepada penjawat awam, walaupun mereka boleh memilih untuk mengabaikannya.

“Tetapi, adakah ini akan berlaku? Penjawat awam akan sentiasa bimbang mengenai pekerjaan dan jawatan mereka.”

Memetik laporan FMT, Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan kuasanya dengan menyokong cubaan seorang kontraktor untuk diberikan sebuah projek membina lebuh raya di Kelantan melalui rundingan terus, tetapi beliau mengakui mengeluarkan surat sokongan, yang menjadi viral beberapa hari lalu di media sosial

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, ia sejajar tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Justeru, Mohan berkata, projek lebuh raya perlu melalui tender terbuka untuk mendapatkan harga dan kualiti kerja terbaik.

Katanya, surat sokongan juga boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam membantu golongan Bumiputera kerana Bumiputera yang baik mungkin diketepikan orang lain yang mempunyai kelebihan dengan cadangan menteri.

“Kementerian Kewangan mempunyai SOP sangat baik, di mana kontraktor Bumiputera yang baik diberikan keutamaan dalam tender (untuk kontrak dikhaskan kepada Bumiputera) dan kita perlu mengekalkan SOP ini untuk tadbir urus baik.

“Sekali lagi, kami merayu Perdana Menteri melarang menterinya daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan. Ini bukan peranan mereka. Hanya perdana menteri boleh menghentikannya.”

Sementara itu, Saintis politik, Chandra Muzaffar berkata, surat sokongan berpotensi untuk penyalahgunaan dan rasuah.

“Ia penting untuk mengambil pendirian tegas terhadapnya. Tidak mudah untuk menghentikan amalan ini kerana ia dikaitkan kepada naungan politik. Mesej perlu datang daripada atas, perdana menteri hari ini, tidak kira siapa pun, perlu melakukannya.”

Katanya, ia tidak boleh diterima untuk wakil rakyat mengeluarkan surat sokongan bagi kontrak, walaupun jika ia dianggap tidak memudaratkan. Kontrak dan pekerjaan perlu diberi berdasarkan merit, khasnya apabila ia membabitkan dana awam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat