Tun M sendiri raja kroni dan nepotisme dakwa Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai raja kroni dan nepotisme.

Puad berkata, dalam podcast Keluar Sekejap Dr Mahathir beritahu Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa beliau memang sengaja tidak panggil SPRM siasat politik wang dalam Umno.

“Macam mana nak suruh SPRM siasat. Tun M sendiri raja kroni dan nepotisme. Dia “bailout” syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan masa kegawatan ekonomi.

“Dia bawa masuk Tun Daim (Zainuddin) dalam Umno. Bermulah politik perniagaan dalam Umno. Para korporat makin minat merebut jawatan parti.

“Tun M tidak peduli semua itu hatta Umno haram. Asalkan dia, anak dan kroninya selamat. Sebab itu mana mungkin SPRM diarah untuk siasat,” dakwa Puad di Facebooknya pada Selasa.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad mendakwa budaya rasuah dan politik wang dalam Umno sudah lama menular terutamanya ketika era pentadbirannya.

“Nak suruh saya ambil tanggungjawab boleh, tetapi hakikatnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim perkenalkan rasuah sebagai satu cara untuk mendapatkan populariti sehinggakan (Allahyarham Tun Abdul) Ghafar Baba, yang terkenal di Sabah, cuma dua bahagian sahaja yang menamakan Ghafar Baba sebagai calon Timbalan,” tambah Dr Mahathir.

Sementara itu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO bertanya mengapa Dr Mahathir tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengekang rasuah, selepas dakwaan aktiviti berkenaan berlaku.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan bahawa beliau tiada kuasa untuk mengarahkan perkara itu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pihak berkaitan.

“Itu kerja pegawai bukan kerja saya. Mereka bila nampak sesuatu itu salah, dia tak perlu tunggu Perdana Menteri kata pergi tekan itu (orang yang terlibat), itu tak boleh.

“Itu kerja polis dan anti rasuah (SPRM). Mereka yang sepatutnya mengambil tindakan,” tambah Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat