ASEAN-AS perlu tingkat kerjasama R&D vaksin – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) perlu tingkatkan kerjasama dalam bidang TV penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin serta ubat antivirus memandangkan keperluan itu kini kian mendesak, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin pada Sidang Kemuncak AS-ASEAN kelapan pada Sabtu berkata pembangunan vaksin sangat penting untuk memastikan “kelebihan ekonomi yang kita peroleh tidak mengorbankan kesihatan masyarakat awam.”

Beliau mengulangi pendirian Malaysia bahawa vaksin yang dihasilkan perlulah selamat digunakan, berpatutan, mudah didapati dan mampu dimiliki semua.

“Persaingan tidak adil dan memonopoli barang-barang penting perlu dielakkan walau dengan apa cara sekali pun,” katanya pada sidang kemuncak itu yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

AS diwakili Penasihat Keselamatan Negara Robert C. O’Brien.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat