EB Group sasar dominasi pasaran makanan sejuk beku Air-Fry dengan pelancaran EB Kranch

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – EB Group of Companies, pemain utama dalam industri makanan sejuk beku, kini mengorak langkah besar dengan pelancaran rangkaian produk baharu mereka, EB Kranch. Rangkaian ini dicipta khas untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang mudah disediakan dan sihat, dengan fokus kepada teknik memasak menggunakan air-fryer yang kini kian popular di kalangan pengguna.

Menariknya, produk EB Kranch menekankan konsep memasak tanpa minyak, sekali gus memberikan penyelesaian yang lebih sihat bagi mereka yang inginkan makanan rangup tanpa mengorbankan rasa. Kaedah ini bukan sahaja cepat, dengan hanya mengambil masa 10 minit untuk menyediakan hidangan, malah lebih mesra alam kerana ia mengurangkan penggunaan tenaga, selari dengan komitmen EB Group terhadap matlamat Environmental, Social, and Governance (ESG).

“Kami ingin menjadi peneraju global dalam pasaran produk sejuk beku air-fry,” kata Ang Chin Hooi, Pengerusi EB Group. “Visi kami adalah untuk menjadikan EB Kranch sebagai jenama nombor satu yang diingati pengguna apabila mereka menggunakan air-fryer, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.”

Pelancaran ini menandakan peralihan penting bagi EB Group dalam membentuk strategi perniagaan baharu. Bermula dengan Malaysia dan Singapura, syarikat ini merancang untuk mengembangkan rangkaian produknya ke pasaran-pasaran utama lain di Asia seperti Hong Kong, China, Indonesia, dan Vietnam.

Rangkaian EB Kranch di Malaysia merangkumi sembilan produk iaitu Chicken Kaarage, Cheezy Chicken Meatball, Mini Cheese Sticks, Tempura Chicken Nugget, Cheezy Chicken Nugget, Original Popcorn Chicken, Alaska Pollock Finger, Alaska Pollock Patty dan Flower Cheese Tofu. Sementara itu, di Singapura, pengguna boleh mendapatkan enam variasi produk termasuk Crispy Shrimp Ball dan Handmade Fried Fish Bean Curd. Produk ini sudah tersedia di pasar raya seperti Fairprice dan Sheng Shiong di Singapura, dan akan segera menyusul di rangkaian pasar raya utama di Malaysia.

Dengan pelaburan pemasaran melebihi RM20 juta, EB Group tidak main-main dalam menggerakkan jenama EB Kranch. Syarikat telah mengaturkan kempen berskala besar yang merangkumi penajaan peti sejuk di pasar raya, iklan papan tanda LED, serta kerjasama dengan influencer media sosial. Di samping itu, pengguna Malaysia dan Singapura bakal melihat promosi besar-besaran melalui siri jelajah dan aktiviti di pelbagai lokasi.

Tidak cukup dengan itu, EB Group memperkenalkan program penebusan air fryer eksklusif. Pengguna yang membeli produk EB Kranch berpeluang menebus Russell Taylors 3D Visible Window Air Fryer secara percuma. Sebanyak 3000 unit tersedia untuk ditebus, menjadikan ini sebagai insentif menarik bagi pengguna yang ingin mencuba produk baharu ini.

Chris Ooi Thian Siew, Ketua Pegawai Eksekutif EB Group, menegaskan bahawa pelancaran EB Kranch ini menandakan permulaan era baharu dalam industri makanan sejuk beku. “Kami mahu menawarkan lebih daripada sekadar produk mudah. Matlamat kami adalah untuk menyediakan makanan berkualiti tinggi yang sihat dan cepat dimasak tanpa menjejaskan rasa dan tekstur,” ujarnya.

EB Kranch tidak hanya menonjol dari segi kemudahan penyediaan makanan, tetapi juga dari sudut tanggungjawab sosial dan alam sekitar. Dengan kaedah air-frying yang mengurangkan penggunaan minyak, rangkaian produk ini dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat dan mampan untuk masyarakat moden. Produk EB juga mematuhi pelbagai piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa, termasuk pensijilan Halal, HACCP, FSSC 22000, dan British Retail Consortium (BRC).

Dengan pelancaran ini, EB Group nampaknya bukan hanya ingin memenuhi keperluan harian pengguna tetapi turut ingin mengubah cara masyarakat menikmati makanan sejuk beku, melalui inovasi teknologi memasak yang lebih efisien dan mesra alam.

Ditubuhkan pada tahun 1995, EB Group bermula sebagai syarikat pengeluar makanan berasaskan kacang soya. Kini, ia berkembang sebagai peneraju dalam industri makanan sejuk beku, dengan kehadiran di lebih 33 negara di seluruh dunia. Syarikat ini komited dalam menyediakan makanan berkualiti yang mudah disediakan, menjadikan waktu makan lebih bermakna bersama keluarga dan rakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat