Polis tahan Chegu Bard depan Pejabat Agung PAS malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali Chegu Bard ditangkap menjelang perhimpunan “Selamatkan Malaysia” yang dirancang sempena Hari Malaysia hujung minggu ini.

Chegu Bard yang juga aktivis politik ditangkap di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, sewaktu beliau dipercayai menghadiri satu mesyuarat.

Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Chegu Bard telah ditahan polis kira-kira jam 8.10 malam di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk ditahan reman bagi siasatan.

Semalam media melaporkan, Chegu Bard berkata, Himpunan Selamatkan Malaysia akan diteruskan 16 September ini walaupun menerima pelbagai reaksi berbeza daripada pelbagai pihak.

Katanya,ia sebahagian daripada kebebasan bersuara dan hak rakyat untuk berhimpun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,209FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat