Keadilan kecam serangan terhadap Anak Rafizi, desak siasatan menyeluruh

KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang berlaku di Putrajaya semalam dan menyifatkannya ia sebagai tindakan pengecut.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan insiden tersebut jelas bertujuan mengugut dan memberi amaran kepada seorang wakil rakyat yang lantang memperjuangkan kebenaran.

“Kami merakamkan rasa simpati dan solidariti penuh kepada YB Rafizi Ramli dan keluarga.

“Serangan ini bukan sahaja cubaan menakut-nakutkan seorang pemimpin rakyat, tetapi juga satu bentuk keganasan yang melampaui batas kemanusiaan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, Keadilan turut menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi, serta gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, cepat, dan telus.

“Kita menyeru polis Diraja Malaysia memanfaatkan segala aset dan kepakaran bagi memburu pelaku serta dalang di sebalik serangan tersebut, kerana keselamatan pemimpin rakyat dan warga negara adalah isu keselamatan awam serta kelangsungan demokrasi.

“Ancaman tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus memperjuangkan kebenaran, keadilan, dan reformasi demi rakyat. Kebenaran tidak boleh dibungkam, walau dengan ugutan dan kekerasan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat