Syamsul yakin Syafiq akan cetus fenomena

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengarah, Syamsul Yusof yakin dengan sentuhan adiknya, Syafiq Yusof untuk filem Abang Long Fadil 3 yang akan mula ditayangkan pada 3 September ini kerana sentuhan dan ‘method’ mereka sama.

Syamsul, 38, turut menyifatkan filem itu bakal mencipta kejayaan tersendiri kerana dia percaya Syafiq pasti sudah membuat yang terbaik lebih-lebih lagi bajet filem itu agak tinggi iaitu RM6 juta.

“Setakat ini, saya belum lagi berkesempatan menonton Abang Long Fadil 3, tapi saya yakin ia menjadi. Saya tahu dia akan beri yang terbaik dalam karyanya. Cuma, sejauh mana ‘nak pergi’ (filem) di pawagam, itu yang jadi persoalannya. Ini juga filem Syafiq paling mahal,” katanya mengakui kurang selesa apabila menyedari akan wujud perbandingan di antara mereka memandangkan kejayaan besar sudah dicipta filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Syamsul berkata, dia tahu situasi di media sosial yang pasti akan ada segelintir netizen mewujudkan perbandingan.

Katanya, sekarang ini juga didapati ‘trailer’ filem Melayu pasti akan dikaitkan dengan Mat Kilau.

“Saya kurang selesa juga dengan media sosial ini yang berterusan mengaitkan Mat Kilau, termasuklah untuk ‘trailer’ filem adik saya sendiri. Tapi, media sosial ini kita memang tak boleh nak buat apa. Ia antara cabaran besar yang pembikin filem kena ambil positif.

“Saya pun risau dengan perbandingan sebegini sebab akan datang pun, saya ada filem-filem baharu yang lain. Jadi, dalam soal ini saya kena bijak kerana saya pun tahu penonton juga bijak sebab mereka mahukan sesuatu yang berkualiti untuk ditonton,” katanya.

Syamsul berkata, perbandingan yang terjadi adalah perkara yang sihat untuk industri filem tanah air.

Katanya, pembikin filem juga kena tahu mengenai R & D (Penyelidikan dan Pembangunan) untuk lebih kreatif berkarya kerana idea ada bermacam-macam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat