Pengarah Penguat Kuasa MBSA Ditahan Reman Enam Hari

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu. Sebelum itu ia dijadualkan pada 26...

UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk...

PUTRAJAYA – Pengarah Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya sehingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 10.15 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Penangkapan itu menjadi keseluruhan 10 individu ditahan SPRM bagi kes berkenaan membabitkan sembilan anggota penguat kuasa MBSA dan seorang peniaga.

Media sebelum ini melaporkan pegawai terbabit disyaki menerima rasuah antara RM300 dan RM3,500 secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar daerah itu.

Kes membabitkan peniaga di Sungai Buloh itu menjadi hangat apabila tular dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahan berkenaan dibuat menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia oleh Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut.

Susulan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan