UPNP serbu aktiviti penerokaan tanah secara haram di Raub – MB Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah melakukan serbuan dan berjaya menggagalkan aktiviti pembukaan tanah secara haram di Raub.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, anggota UPNP Zon Pahang Barat telah melakukan rondaan penguatkuasaan sekitar daerah Raub kira-kira jam 3.30 petang tadi.

“Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah melakukan serbuan di satu kawasan yang telah dijalankan aktiviti pembukaan tanah secara haram di atas tanah kerajaan di Raub, hari ini.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, anggota UPNP Zon Pahang Barat telah melakukan rondaan penguatkuasaan sekitar daerah Raub kira-kira jam 3.30 petang tadi.” Kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, sebentar tadi.

Jentera yang dirampas Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang di Raub Foto Facebook Menteri Besar Pahang

Jelas Wan Rosdy lagi, setiba di Sungai Rambai, anggota UPNP mendapati sebuah jentera jengkaut sedang melakukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan tersebut.

Anggota operasi telah bertindak menahan jengkaut tersebut, namun pemandu jengkaut itu melarikan diri terlebih dahulu setelah menyedari kehadiran anggota UPNP.

Kemudiannya, seorang lelaki telah tampil dan memperkenalkan diri sebagai pemilik jengkaut dan pegawai serbuan telah meminta pemilik jengkaut tersebut memberi dokumen kelulusan atau permit berkenaan aktiviti yang dilakukan namun gagal, ujar Wan Rosdy.

“Anggota UPNP kemudiannya bertindak merampas jentera tersebut untuk tujuan siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pendudukan secara tak sah di atas tanah kerajaan.” Katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak sesekali berkompromi dengan sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di mana-mana kawasan pun di negeri ini.

Menurutnya Wan Rosdy lagi, beliau telah meminta UPNP untuk meneruskan operasi penguatkuasaan setiap masa bagi memastikan aktiviti sebegini dapat dibanteras dengan sebaik-baiknya.-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat