Mohammad Faiz Azmi dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baharu

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Datuk Mohammad Faiz Azmi Mohammad Azmi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 16 Jun ini hingga 15 Jun 2027.

Pelantikan ini adalah selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].

Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis mengumumkan pelantikan tesebut menggantikan Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin yang bersara sebagai Pengerusi SC pada 15 Jun 2024.

MOF memaklumkan, Mohammad Faiz Azmi berpengalaman menjadi Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia dan Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) selain mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang kewangan, pasaran modal, audit serta pengurusan kewangan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni (Perundangan) daripada Durham University dan ahli beberapa badan profesional seperti Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan Ahli Lembaga SC sejak 15 Ogos 2023.

Berbekalkan pengalaman yang ada, MOF yakin beliau mampu menggalas tugas, memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan itu, mengucapkan terima kasih kepada Dr. Awang Adek di atas perkhidmatan di SC dan percaya kepakaran serta pengalamannya dapat terus dimanfaatkan oleh pasaran kewangan negara.

Katanya, di bawah kepemimpinan Dr. Awang Adek, SC telah merombak dua undang-undang pasaran modal utama yang kini menunggu kelulusan kerajaan.

Beliau telah memperkenalkan Bursa Sosial (Social Exchange), sebuah platform pengumpulan dana khusus untuk projek dengan hasil sosial yang positif melalui penggemblengan dana swasta dan dermawan dalam memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik.

“Selain itu, beliau mengujudkan program Siswazah Pasaran Modal (investED) untuk memastikan kumpulan tenaga mahir industri yang mampan, pelancaran prinsip Maqasid al-Shariah untuk pasaran modal Islam, dan pelancaran pelan hala tuju untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengahan,”katanya. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat