“Cakap Anwar kita tak boleh percaya”- Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai.

Menurut Pengerusi Bersatu itu, Anwar kata yang akan terjejas dengan penyasaran subsidi diesel hanyalah golongan maha kaya dan warga asing.

“Ini kerana subsidi diesel bersasar diberikan kepada kenderaan komersil tertentu untuk membendung kenaikan harga barang.

“Maka kononnya rakyat biasa takkan terjejas,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Sedangkan katanya, tak sampai beberapa hari subsidi diesel ditarik balik kita lihat syarikat penunda kenderaan menaikkan harga perkhidmatan mereka.

“Adakah golongan maha kaya saja yang kenderaan mereka rosak di tengah jalan? Kereta orang miskin tak rosak?

“Pengeluar konkrit juga menaikkan harga konkrit. Sudah pasti harga rumah akan meningkat selepas ini. Adakah golongan maha kaya saja yang beli rumah? Orang lain tak beli rumah?

“Saya tengok harga sayur-sayuran seperti timun, cili, sawi juga naik. Adakah golongan maha kaya saja makan sayur. Orang miskin tak makan sayur?

“Cakap dia (Anwar) kita tak boleh percaya,” dakwa Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat