Penerbitan Pancasona Melancarkan Muzik Video Rasmi, lagu Dia Datang, Oleh Gostan, Dibintangi Azhar Sulaiman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 – Penerbitan Pancasona, sebuah syarikat penerbitan 360 darjah yang dimiliki oleh loQue, kini melancarkan muzik video single “sulung”, berjudul “Dia Datang”, dari kumpulan Gostan, sebuah projek band kolaborasi.

Muzik video ini juga bukan seperti muzik video yang biasa kita tonton, kerana lagi sekali, loQue menyajikan sebuah cerita pendek di dalamnya. Muzik video ini telah dihidupkan oleh seorang pelakon legenda, terkenal sejak awal 90-an dan amat disegani sehingga kini, tak lain dan tak bukan, beliau adalah Azhar Sulaiman! Di mana muzik video kali ini, sarat dengan “tarian Nusa yang santai lagi bersahaja, di tengah tengah ibu kota” dipersembahkan oleh Azhar Sulaiman sendiri.

“Saya terkejut, terkesima dan terasa sangat merendah diri apabila abang Azhar Sulaiman, seorang pelakon “lelaki alpha 90-an”, hero bintang layar perak sewaktu zaman persekolahan saya, boleh kira sebagai idola kami semua “budak budak 90 – an”, kini dengan tanpa syak wasangka, sudi “mencemar duli” untuk “menari” dalam muzik video Dia Datang ini! Gila siapa sangka! Dapat berkarya dengan Abang Azhar Sulaiman!” kata loQue.

Gostan pula adalah projek kerjasama antara ahli-ahli muzik kumpulan monoloQue dengan penyanyi tersohor bersuara gemersik Asmidar. Muzik video ini merangkap sebagai pengenalan kepada album penuh Gostan nanti, juga sebagai cabang yang akan menetapkan bagaimana konsep perjalanan artistik Gostan akan dibawa kepada umum.

Pemilihan Azhar Sulaiman untuk memainkan peranan utama dalam plot tarian “membebaskan diri di tengah ibu kota” adalah dikira ujikaji tepat, kerana dia mudah bekerjasama, bukan seorang “senior” atau legenda yang “rumit”, dan pastinya beliau seorang “method actor” kerana watak yang dibawa beliau seolah-olah betul betul di dalam dirinya, mungkin itulah, keistimewaan seorang pengkarya hebat.

“Beliau sangat professional, malah semasa dalam tempoh pra penerbitan (pre production) beliau sangat bersemangat dan bersungguh sungguh untuk memastikan segala sudut dan semi muzik video ini diteliti dan digilap sebelum hari kejadian (shooting). Ada beberapa kali, abang Azhar Sulaiman mungkin “datang ilham”nya, akan telefon saya pada jam 12 malam, “ ok Bro, abang ada idea, apa kata kita …”, macam itulah sesi “ribut otak” (brainstorm) kami sepanjang kembara karya Dia Datang ini.

Di situ saya rasa “chemistry”, keserasian kami di muka surat yang sama, demi menghasilkan karya yang sempurna serta malar segar, terima kasih Azhar Sulaiman,” ujar loQue lagi.

“Dengan lenggang-lenggoknya “, seperti lirik lagu ciptaan Allahyarham Fadzil Ahmad ini, tarian Azhar Sulaiman yang bersahaja, mengandungi motif – motif tarian tradisional, namun dikontemporari kan demi watak dan jalan cerita, menjadi teras utama dalam muzik video ini.Berlatang – belakang kan kotaraya Kuala Lumpur abad ke-21, sudah agak sinonim dengan karya karya lagu loQue sendiri yang lazimnya menceritakan tentang “kehidupan hutan batu abad ke 21 ini”.

Menceritakan akan seorang pekerja korporat yang kebosanan, dengan hidupnya dikongkong ketat oleh jadual harian, maka pada hari ini, ingin keluar dari kebiasaan, dari kepompong atau “rantaian kejam” (vicious cycle) hidupnya, dengan menari, menari untuk meluahkan, menari untuk bebas. Gerakan tarian ini diamati di bawah didikan dan bimbingan Dayang Norinah Datu Gastan, seorang guru Tari Aswara.

Dengan kombinasi inovatif dan visual serta bunyi, muzik video ini diharap dapat menjadi wakil visual bagi meraikan single sulung, single pertama Gostan, lagu Dia Datang ini. Menurut loQue lagi, konsep hala tuju Gostan bukan hanya meraikan lagu- lagu klasik lama, juga meraikan “tarian – tarian tradisional dan rakyat”, serta memberi “tenaga baru” kepada tarian tarian turun temurun supaya seni budaya itu kekal relevan di zaman TikTok ini.

“Gostan adalah satu pengalaman 360 darjah, merangkumi audio dan visual…”, kata loQue lagi.

Pelancaran muzik video ini menandakan satu titik permulaan dalam perjalanan kembara Gostan, kerana ia akan menawarkan penonton ‘rencah dan rasa’ tentang apa yang ada di dalam album ini dan projek Gostan sendiri. Ketika anda menonton muzik video ini, percaya  lah anda akan tenggelam dalam landskap ‘sonik’ yang merangkumi bunyi warisan budaya Malaysia yang kaya sambil dihidangkan dengan gubahan muzik kontemporari.

Penerbitan Pancasona menjemput peminat, peminat muzik dan pengamal media serta rakan-rakan seni untuk mengalami kuasa transformatif muzik video Dia Datang. Tayangan perdana bagi muzik video ini akan diadakan pada 6 Jun 2023 di Pawagam Mini P. Ramlee, salah satu lokasi milik FINAS Malaysia. Lagu Dia Datang juga akan tersedia di platform digital termasuklah muzik video di YouTube. Nantikan pengalaman audio visual yang tidak boleh anda lepaskan ini.

Ikuti @gostanrasmi di Instagram, untuk melihat perkembangan dan kisah terkini.

Mengenai Gostan

“Gostan” adalah kolaborasi unik antara kumpulan monoloQue, yang dianggotai Bakri “Halia” Ismail, Loko, Harry “Misteri”, Herda “Geroda” dan loQue bersama Asmidar dan pemain perkusi Memey.

Kerjasama ini membentuk kumpulan baharu iaitu “Gostan”. Mereka menghasilkan album “Gostan”, untuk memberi perspektif /tenaga /wajah /jiwa /roh baru yang lebih segar kepada bukan sahaja lagu – lagu tradisional lama dan lagu rakyat Malaysia yang pernah popular dahulu malah lagu – lagu Pop Klasik yang menjadi inspirasi kepada nenek moyang kita.

Projek ini juga sebagai penghormatan kepada seni muzik dan budaya terdahulu dan usaha untuk menghidupkan semula elemen klasik dan malar hijau bunyi tersebut kemudian merelevansikan semua ini 360 darjah untuk generasi baru dan generasi akan datang.

Dengan gabungan unik elemen moden dan tradisional, “Gostan” akan cuba menjadi “batu loncatan” untuk lebih banyak karya muzikal bernostalgia dan dicampur kontemporari moden. Nantikan “Gostan”, yang bakal menjadi karya untuk semua rakyat Malaysia.

Mengenai “Dia Datang”

Lagu “Dia Datang” ini adalah sebuah lagu klasik malar segar, karyanya Seniman Legenda Tokoh Ghazal / Zapin, juga digelar Raja Gambus Malaysia, Allahyarham Fadzil Ahmad. Tajuk asalnya adalah Si- Dia Datang nyanyian Allahyarham bersama seniwati S. Fauziah.

Terdapat jentera penerbitan lain yang terlibat dalam projek ini. Untuk lagu “Dia Datang” Lut terlibat sebagai jurutera dan pengadun bunyi ( mixing engineer ) manakala “adunan terakhir” ( mastering ) oleh Felix Voon, karya kulit album pula “direstui” Encik Harun Mokhtar dan kaligrafi oleh Azmir Karim.

Nantikan lebih banyak maklumat terbaru akan datang mengenai Gostan.
Hubungi:
Penerbitan Pancasona
72-1 Jalan Medang Serai,
Bukit Bandaraya, Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Telefon: 012-345-6789
Emel: [email protected]

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat