Pemuda Umno Minta Kerajaan Selesaikan Isu Penempatan Mahasiswa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menghargai pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) RM100 kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara bagaimanapun, turut mengemukakan cadangan penyelesaian isu penempatan mahasiswa.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh meminta mencadangkan agar diwujudkan elaun sewa rumah dan juga penetapan harga siling rumah sewa di kawasan sekitar universiti.

“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju untuk menaikkan kadar elaun sara hidup bagi pelajar tajaan JPA,
kami mohon juga untuk melihat isu asas bagi mahasiswa yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan iaitu isu penempatan tempat tinggal mereka di universiti.

“Pemuda Umno ingin mencadangkan dua cadangan untuk kita sama-sama membantu mengenai isu ini iaitu diwujudkan elaun sewa rumah bagi adik-adik mahasiswa yang tidak mendapat penempatan di hostel terutama daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Penetapan harga siling rumah sewa di kawasan sekitar universiti supaya tidak ada tuan rumah yang menaikkan harga sewa sesuka hati,” cadang Dr Akmal di Facebooknya pada Rabu.

Sementara itu, katanya jawatankuasa khas untuk menangani isu ini telah dibentuk Pemuda Umno dan bersedia untuk membawa perbincangan dengan lebih lanjut bersama pihak berwajib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat