Kerajaan Pahang Sedia Tanggung Baki Kos Rawatan Adik Athif

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menanggung baki kos perubatan adik Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit jarang jumpa – Spinal Muscular Atrhopy Type 1 (SMA1).

Kos rawatan keseluruhan bagi pembelian ubat Genetik Zolgensma dianggarkan berjumlah RM9.7 juta dan setakat ini jumlah berjaya dikutip adalah RM9.4 juta.

Jaminan itu diberikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengunjungi keluarga berkenaan di Permatang Badak, dekat sini, hari ini.

“Dan saya memberi jaminan di sini, kekurangan RM300,000 ini, sebab itu saya minta untuk terus ambil tindakan pergi berubat, kalau katalah tidak dapat RM300,000 lagi, Kerajaan Negeri akan tanggung, ini jaminan saya, komitmen Kerajaan Negeri,” katanya.

Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM50,000 ketika kunjungan itu.

Turut bersama Wan Rosdy dalam kunjungan berkenaan adalah Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamed Kamal.

Ubat itu bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi otot dialami Muhammad Athif ketika ini.

Ibu bapa Muhammad Athif, Mohd Farhan Mohd Sait dan Nur Azizah Zamri sangat terharu dengan keprihatinan Wan Rosdy dan berharap nasib anaknya berubah selepas mendapat rawatan terbabit.

Kutipan dana dilancarkan Yayasan Misi Rakyat sejak pertengahan Mei lalu dan berjaya mengumpul sebanyak RM9.4 juta dalam tempoh sebulan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat