Pahang Catat Penurunan Kes Covid-19 Yang Ketara: Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang telah mencatatkan penurunan kes Covid-19 begitu ketara semenjak 19 Mei lepas.

Katanya, tidak mustahil jumlah jangkitan Covid-19 dapat diturunkan sehingga ke paras paling minima dalam tempoh dua (2) minggu ini jika rakyat patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dengan penurunan kes Covid-19 yang telah dicatatkan ini, jumlah kes yang dapat dielakkan (number of case averted) pada Minggu ke-21 hingga Minggu ke-23 adalah sebanyak 8,616, jelasnya.

“Alhamdulilah, hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh seluruh rakyat Pahang, jumlah kes Covid-19 di negeri ini menunjukkan penurunan yang ketara.

“Dengan tindakan kawalan ketat dilaksanakan pada Minggu ke-19, jumlah kes yang dapat dielakkan (number of case averted) pada Minggu ke-21 hingga Minggu ke-23 adalah sebanyak 8,616.” ujarnya.

Katanya lagi, rakyat Pahang diseru terus mematuhi SOP dan segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi jumlah kes di Pahang dapat diturunkan.

“Dengan pematuhan SOP yang berterusan dan peningkatan jumlah penerima vaksin, saya yakin kita akan dapat mengurangkan kes jangkitan pada skala yang signifikan.

“Tidak mustahil jumlah jangkitan Covid-19 dapat diturunkan sehingga ke paras paling minima dalam tempoh dua (2) minggu ini.

“Teruskan usaha kita melawan Covid-19 habis-habisan.” katanya. –SuaraTV

May be an image of text

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat