Malaysia Lawan Singapura Final Hoki Sukan SEA

- Advertisement -

PHNOM PENH – Skuad hoki lelaki negara akan berdepan musuh seberang tambak, Singapura dalam perebutan pingat emas acara hoki padang di Sukan Sea Kemboja 2023, Selasa ini.

Ia susulan Singapura berjaya memintas Indonesia untuk menduduki tempat kedua pusingan round robin selepas membelasah Thailand 6-1 di Stadium Hoki Morodok Techo, hari ini.

Terdahulu, Malaysia yang sudah mengesahkan tiket ke final lebih awal menutup pusingan round robin dengan merekodkan kemenangan bersih selepas berjaya menewaskan Indonesia 4-2.

Keputusan itu turut menyaksikan Indonesia terlepas tiket ke final apabila hanya dibezakan jumlah jaringan dengan Singapura walaupun mereka berkongsi tujuh mata.

Skuad negara meraih dua gol pantas pada minit ke-28 menerusi jaringan padang Shahmie Irfan Suhaimi dan Muhammad Najib Abu Hassan sebelum Mohammad Harris Iskandar Osman dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar menambah dua lagi gol minit ke-36 dan 43.

Dua gol pantas Indonesia yang disumbangkan Derangga Raditya pada minit ke-44 dan 45 bagaimanapun belum cukup untuk menyekat kemenangan keempat berturut-turut skuad kendalian Muhamad Amin Rahim.

Meskipun menang, Amin bagaimanapun mengakui kurang berpuas hati dengan persembahan keseluruhan anak buahnya bagi perlawanan itu.

“Kami banyak melakukan kesilapan mudah hingga membenarkan lawan menjaringkan dua gol. Namun keluar dengan kemenangan dan kekal rekod bersih tanpa kalah harus diberi pujian.

“Pada saya pemain perlu kekal fokus untuk 60 minit, tetapi itu tidak berlaku pada suku ketiga hingga membenarkan lawan menjaringkan dua gol mudah,” katanya.

“Kita akan gunakan rehat esok dengan baik dan lakukan analisa bagaimana untuk bermain baik serta kembalikan keyakinan pasukan. Siapa pun lawan kami di Final, kami akan turun dengan bermati-matian bagi memastikan pingat emas milik pasukan Malaysia,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat