Agong berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Ziarah Makam Diraja

- Advertisement -

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Ziarah Makam Diraja Sempena Istiadat Hari Hol Yang Ke-3 kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Makam Diraja, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 11.10 pagi diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan kerabat Diraja Pahang.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Upacara berkenaan dimulakan dengan bacaan yasin, diikuti tahlil dan doa diketuai Abdul Rahman, sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan menyiram air dan menabur bunga pada makam Almarhum Sultan Ahmad Shah dan beberapa makam kerabat diraja yang lain.

Baginda kemudian berkenan meluangkan masa menyantuni pelajar tahfiz yang turut sama menyertai majlis itu.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada 8.50 pagi 22 Mei 2019 di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 88 tahun.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat