Stesen minyak tak cukup bekalan bukan lambangkan Malaysia kehabisan stok – Menteri MOT

KUALA LUMPUR – Dakwaan beberapa stesen minyak kehabisan bekalan disifatkan sebagai kes terpencil dan bukan petunjuk kepada masalah kekurangan stok minyak dalam negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, situasi tersebut berkemungkinan berpunca daripada isu logistik seperti penghantaran atau permintaan tinggi di lokasi tertentu.

“Saya rasa itu kes terpencil. Ia bukan sebab tiada bekalan secara keseluruhan. Mungkin ada masalah dari segi penghantaran atau stesen tertentu habis stok kerana permintaan tinggi,” katanya dalam Sidang Media Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api lapor Utusan di Putrajaya pada Selasa.

Beliau menegaskan, bekalan minyak negara masih mencukupi seperti yang berulang kali dinyatakan kerajaan sebelum ini.

“Ini tidak melambangkan bahawa Malaysia kehabisan stok. Bekalan kita masih ada,” jelasnya.

Menurut beliau, keadaan itu boleh berlaku apabila permintaan meningkat secara mendadak di sesuatu kawasan sehingga bekalan tidak dapat diisi semula dengan segera.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara berkenaan perlu ditangani oleh syarikat minyak dan pembekal bagi memastikan rantaian bekalan berjalan lancar.

Sebelum ini, tular kejadian meter pam terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis, dipercayai tidak dilengkapi sistem pengesanan isipadu automatik (automatic cut-off).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat