Iran lancar serangan akibat serangan biadab Israel di Damsyik – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan yang dilancarkan Republik Islam Iran adalah tindak balas yang berpunca dari serangan biadab Zionis Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik, Syria baru-baru ini.

Beliau berkata ini tentunya adalah pelanggaran yang nyata terhadap hukum dan undang-undang antarabangsa.

Dalam perkembangan itu beliau mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di Timur Tengah.

“Kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan tersebut dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia dan Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara.

“Kerajaan juga mengambilkira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman Faceebook hari ini.

Walaubagaimanapun jelasnya, Malaysia kekal teguh dengan pendirian untuk bersama dengan Palestin yang terus menanggung derita dari kemelut ini.

“Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat, dan semua pihak mesti berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.

“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera.

“Sekarang adalah ketikanya untuk semua pihak memainkan peranan dalam mendesak untuk menamatkan ketegangan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat