Kementerian Kewangan Wajar Jawab Dakwaan Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan wajar menafikan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kononnya terdapat usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK), Datuk Norizan Khazali sebagai pengganti.

Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan dakwaan Sanusi itu berat dan wajar diberi pencerahan oleh Kementerian Kewangan.

“Ini dakwaan yang berat. Kalau tak betul, pihak berkuasa Kementerian Kewangan wajib nafi. Kalau betul lagi mudarat.

“Ini isu pentadbiran awam. Kalau ada masalah boleh atau wajib diatasi mengikut prosedur pentadbiran awam. Membabitkan atau menggunakan pihak ketiga yang lazimnya tidak terlibat dengan hal seperti ini boleh mengganggu-gugat ketelusan dan tadbir urus yang baik,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Menuru beliau, hakikat Menteri Kewangan tidak sebulu dengan pemimpin tertentu atas sebab politik, tidak patut dijadikan alasan menyekat atau menyingkir seseorang yang berhak menduduki atau hadir mesyuarat sesuatu badan.

Apatah lagi menggunakan pihak ketiga untuk menghalang atau menyingkirkan orang yang tidak disukai itu, katanya.

“Kalau betul dakwaan ini, ia sekali lagi membuktikan “conflict of interest” apabila Perdana Menteri adalah juga Menteri Kewangan.

“Serangan ke atas Menteri Kewangan akan merebak menjadi serangan ke atas Perdana Menteri.

“Dan apabila berlaku pertikaian dengan Menteri Kewangan, dengan siapa hendak merayu kerana Menteri Kewangan adalah juga Perdana Menteri? tegas beliau.

Baru-baru ini, Sanusi menegaskan dakwaan mengenai usaha terancang untuk menyingkirkan beliau daripada menganggotai Majlis Kewangan Negara bukan drama atau cerita rekaan.

Sebaliknya, beliau mendakwa ada surat daripada Kementerian Kewangan yang dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung apa yang didakwanya itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan surat daripada Kementerian Kewangan yang dimaksudkannya itu.

“Mereka hantar surat, sebab itu saya bercakap tentang itu…tetapi mereka pula kata saya buat drama. Mereka buat seolah-olah saya tak tahu apa-apa.

“Apa yang mereka buat saya tahu, semuanya sampai ke pengetahuan saya. Mereka hantar surat kepada Pejabat Tuanku Sultan Kedah untuk melobi supaya menukar ahli Majlis Kewangan Negara.

“Saya tahu sebab surat itu memang ada, setiap surat yang masuk ke Wisma Darul Aman ini saya tahu sebab saya berkawan dengan semua orang termasuk tukang bancuh air sekali pun,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan Sanusi mendakwa terdapat usaha terancang untuk menyingkirnya sebagai Menteri Besar yang mewakili Kedah dalam Majlis Kewangan Negara, dengan menamakan Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK), Datuk Norizan Khazali sebagai pengganti.

Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai Perdana Menteri atau mana-mana menteri dilantik, manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat