Belum puas berkarya

- Advertisement -

MENJADI pengarah telefilem yang dilakonkan pengarah dan pelakon hebat seperti Sabri Yunus adalah cabaran buat Wan Afzam Wan Daud, 47, ketika mengarah telefilem berjudul Durjana Pujaan.

Wan Afzam berkata, membina watak kepada pelakon yang handal adalah satu cabaran buatnya kerana bimbang watak diberikan tidak bersesuaian.

“Sebelum penggambaran saya fikir bagaimana untuk berganding dengan orang yang lebih hebat daripada saya yang hanya pengarah biasa jika hendak dibezakan dengan Sabri.

Selain Sabri, telefilem terbitan Unit Drama TV RTM itu turut menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Hanna Aqeela, Kazar, Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Ammar Titan dan pelakon kanak-kanak, Haziq Bukit Selambau.

Telefilem yang akan ditayangkan pada 22 April ini jam 9 malam itu menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang selama 12 hari bermula 20 Februari hingga 3 Mac lalu.

Wan Afzam berkata, pemilihan pelakon-pelakon yang kebanyakannya bernama besar adalah berdasarkan pembentangan idea bersama pasukan terbabit di RTM.

“Sebanyak 95 peratus hasil cadangan dipersetujui pihak pengurusan dan rezeki saya jadual pelakon tepat dengan tarikh diberikan,

“Mereka adalah pelakon hebat yang sudah lama menempah nama. Saya bersyukur dan yakin dapat mengeluarkan karya terbaik,” katanya.

Wan Afzam berkata, istimewanya telefilem ini kerana ia dihasil berdasarkan isu kehidupan yang sering berlaku sekarang.

 

WAN AFZAM mahu hasilkan lebih banyak karya terbaik.
WAN AFZAM mahu hasilkan lebih banyak karya terbaik.

 

Durjana Pujaan mengisahkan dua beradik, Kadir lakonan Zahiril dan Tahir (Sabri Yunus) yang berusaha memperbaiki hubungan kehidupan di bandar yang tiada warna dan menyesakkan.

Ditanya mengenai kepuasan menghasilkan karya, Wan Afzam berkata, dia masih belum puas menghasilkan karyanya dalam bidang diminati ini.

“Apabila pengurusan minta hasilkan sesuatu, saya akan mencari hala tuju penceritaan secepat yang saya boleh. Kalau boleh saya nak mengangkat sisi-sisi kecil kisah kehidupan untuk dikeluarkan, saya tak berani ambil sisi-sisi besar.

“Apa yang saya maksudnya adalah seperti isu perebutan harta selepas kematian ibu bapa yang memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan cerita,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat