Tuntutan Sulu tak sah, terbatal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menegaskan hak dan tuntutan penuntut Kesultanan Sulu adalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh rakyat Sabah melalui perundingan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Sekretariat Khas Sulu dalam kenyataan pada Selasa berkata, Kerajaan Malaysia pada masa kini sedang meneliti semua langkah sedia ada untuk menentang pihak penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dalam usaha memelihara kedaulatan negara.

“Semakan lanjut juga sedang dibuat oleh Kerajaan Malaysia untuk menentukan sekiranya mana-mana daripada 8 orang penuntut ini mempunyai pertalian (affiliation), hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Royal Sulu Forces (RSF) yang telah dihukum oleh Mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

“RSF ini telahpun diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Kerajaan Malaysia sejak April 2022.

“Tindakan undang-undang yang telah diambil oleh penuntut-penuntut sehingga kini, terutamanya timbang tara komersial yang telah dijalankan, adalah tidak wajar dari segi perundangan malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung,” tegas Sekretariat itu.

Tambahnya lagi, sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut ini melalui timbang tara komersial pada masa kini adalah bersifat mala fide, memandangkan pihak Sulu pada tahun 1939 pernah menghadap ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu.

Dalam pada itu, Malaysia juga ingin menegaskan perkara-perkara yang berikut iaitu Perjanjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersial.

“Pertikaian yang terbangkit melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah pada mana-mana ketika mengetepikan kekebalan kedaulatannya.

“Penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh Penuntut.
Perkara ini adalah selaras dengan Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020,” katanya.

Tegasnya lagi, Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat