Aliran Sokongan Kepada PN Meningkat – Pemerhati Politik

- Advertisement -

GEORGETOWN: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam turut menunjukkan perubahan aliran sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) meskipun gabungan parti itu hanya memenangi tiga daripada keseluruhan 56 kerusi yang ditandingi.

Sehubungan itu, pemerhati politik yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. P. Sivamurugan berkata, PN tidak mustahil boleh menjadi alternatif kepada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) kelak sekiranya lebih agresif.

Jelas beliau, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pula adalah sesuatu yang sudah dijangka melihat kepada momentum kemenangan dan sokongan rakyat pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan PRN sebelum ini.

“Turut memberi kelebihan kepada BN pada PRN Johor juga apabila kerjasama antara parti lawan khususnya di dalam Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperlihat mereka sedang berdepan masalah yang ketara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Ditanya sama ada momentum kemenangan BN boleh dihentikan parti lawan menjelang PRU-15, Sivamurugan berkata, perkara itu tidak mustahil sekiranya semua parti politik yang menentang BN termasuk PH dan PN membentuk kerjasama di bawah payung besar.

Bagaimanapun ujar beliau, pendekatan itu menimbulkan persoalan dari segi kesediaan Pas yang pernah berseteru dengan DAP sebelum ini.

“BersediKan Pas bekerjasama dengan PH dan bagaimana dengan pemimpin yang pernah meninggalkan PH untuk bersama PN seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ramai lagi?

“Sedangkan dalam masa sama PN tidak mempunyai jentera parti sebaliknya banyak bergantung kepada ahli-ahli Pas.

“Barangkali PN perlu mencari isu-isu baharu yang tidak dibawa oleh parti-parti lain untuk terus menarik sokongan,” katanya.

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat