Sam Smith ‘lapar’ perhatian, suka bergaya aneh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Unholy, Sam Smith dituduh ‘lapar’ perhatian gara-gara bergaya pelik di karpet merah Brit Awards 2023 yang berlangsung di 02 Arena, London, Sabtu lalu.

Sut lateks bukan sesuatu yang pelik untuk digayakan, namun pemenang Anugerah Grammy itu kelihatan seperti belon bergerak apabila terdapat bahagian yang menggelembung pada lengan dan kaki.

Imej disifatkan mengarut oleh rata-rata peminat diilhamkan pereka kelahiran India yang menetap di London, Hari Krishnan.

Menerusi temu bual bersama portal fesyen WWD, Krishnan menjelaskan mendapat inspirasi rekaan pakaian pelik daripada kata-kata negatif dilemparkan terhadap Smith berhubung fizikalnya.

“Smith menerima banyak komen berbaur kebencian selepas kemunculan lagu Unholy khususnya berkaitan fizikal.

“Jadi, saya tampilkan Smith dalam imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia juga salah satu cara saya untuk meraikan kecantikan semula seseorang,” katanya seperti dilaporkan.

Penampilan penyanyi berusia 30 tahun yang juga non-binary (tidak mengakui gender lelaki atau perempuan) mengejutkan ramai dengan penampilan aneh seperti belon, lebih lagi, turut menggayakan sarung tangan dan kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada material sama.

 

Smith tampil gaun merah rekaan Valentino bersama Kim Petras ketika Anugerah Grammy 2023, baru-baru ini. - Foto AGENSI
Smith tampil gaun merah rekaan Valentino bersama Kim Petras ketika Anugerah Grammy 2023, baru-baru ini. – Foto AGENSI

 

Walaupun kelihatan menarik kerana mempunyai ciri-ciri artistik, namun ramai beranggapan imej digayakan penyanyi kelahiran United Kingdom itu langsung tidak boleh dijadikan inspirasi.

Sebaik sahaja Smith muncul di karpet merah, gayanya terus menjadi perbincangan hangat dalam internet dan laman sosial.

Seorang pelayar Twitter membuat ciapan, “Seseorang nampaknya dahagakan perhatian,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter menulis, “Jujurnya, Sam Smith adalah orang paling dahagakan perhatian pernah saya temui sepanjang hidup.”

“Dia semakin membosankan,” tulis seorang lagi pemilik Twitter.

Sebelum itu, Smith turut menjadi perhatian dan bualan ramai apabila tampil menggayakan gaun merah rekaan Valentino ketika Anugerah Grammy 2023, baru-baru ini.

Smith berkolaborasi dengan Kim Petras memenangi kategori Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik, Anugerah Grammy 2023 menerusi lagu Unholy. – AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat