Malaysia Salur Bantuan Bernilai RM4 Juta Untuk Misi Menyelamat Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyalurkan bantuan bernilai RM4 juta untuk misi menyelamat gempa bumi di Tukiye.

Jelas beliau lagi, Malaysia telah menghantar dua kumpulan melibatkan 140 orang Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas iaitu RM2 juta masing-masing bagi membiayai operasi setiap pasukan dengan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

“Pasukan pertama tersebut terdiri daripada 70 orang Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) termasuk penyertaan ahli Pasukan MyTeam Relief yang berkepakaran daripada Unit HAZMAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Perubatan, Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah berlepas ke Turkiye pada 6 Februari 2023.

“Manakala pasukan kedua dengan kekuatan seramai 70 orang yang terdiri daripada Pasukan SMART, JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diaturgerak 2 hari kemudian, 8 Februari 2023. Sehingga kini, kekuatan pasukan SAR Malaysia adalah seramai 140 orang.” Kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) yang bertanya apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Turkiye dan barat laut Syria susulan bencana gempa bumi yang melanda yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan mencederakan ribuan rakyat kedua-dua negara berkenaan, pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas, di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, kejadian bencana gempa bumi yang bermagnitud 7.8 pada Skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye dan Syria pada hari Isnin, 6 Februari 2023. Sehingga 13 Februari 2023, Turkiye melaporkan bilangan kematian adalah seramai 31,643 orang dan 106,428 orang cedera manakala bilangan kematian di Syria dilaporkan seramai 5,329 orang dan 14,500 orang cedera serta menyebabkan kerosakan kemudahan infrastruktur dan bangunan yang amat teruk.

Di Turkiye, 10 kawasan terjejas gempa ialah bandar Gaziantep, Adana, Hatay, Kahramanmaras, Malatya, Kilis, Osmaniye, Diyarbakir, Adiyaman dan Sanliurfa manakala di Syria, 4 kawasan terimpak gempa adalah Aleppo, Adlib, Homs dan Hama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat