Selangor dan beberapa negeri berdepan cuaca buruk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia juga menjangkakan seluruh Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut diramal mengalami cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook pada Isnin.

Selain itu beberapa kawasan di Kedah, Pulau, Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak turut dijangka berdepan fenomena yang sama.

Foto: BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat