PM serius patuhi garis masa tuntutan 40 peratus hasil Sabah – Mustapha

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Sabah dan Sarawak Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 13 Januari 2026 untuk memperteguh tekad bagi menyegerakan keseluruhan proses semakan mengikut garis masa mahkamah, serta menjunjung kedaulatan undang-undang demi kepentingan rakyat Sabah dan Negara keseluruhannya.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan keprihatinan serius terhadap pematuhan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah, dan telah meletakkan isu ini sebagai keutamaan utama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Keputusan mahkamah pada 17 Oktober 2025 tersebut menetapkan dua garis masa pelaksanaan, iaitu tempoh 90 hari bagi semakan kadar Pemberian Khas Sabah dan tempoh 180 hari untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mencapai persetujuan serta melaksanakan mekanisme pembayaran.

“Tempoh 90 hari tersebut telah berakhir pada hari ini (14 Januari 2026), dengan satu mesyuarat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah telah diadakan pada 17 November 2025 sebagai sebahagian daripada proses semakan awal dan perbincangan mengenai kerangka, parameter serta perkara perkara asas berkaitan pelaksanaan keputusan mahkamah,” kata Mustapha.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat