Ada demokrasi tapi di ‘control’ – Ku Li

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Nak ikut cara lama lah ni. Ada demokrasi tetapi di ‘control’”, demikian reaksi Veteran UMNO, Datuk Seri Tengku Razaleigh Hamzah selepas keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, alasan supaya kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan kerana dibimbangi akan menyebabkan perpecahan adalah tidak benar malah sebaliknya.

Tambahnya biarpun keputusan telah dibuat, namun masih ada peluang bagi pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden itu diadakan.

“Ini boleh lawan. Demokrasi berjalan lagi maknanya kalau tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat ini bukan keputusan perhimpunan agung. Cuma nasihat saja.

“Kerana nak jaga supaya parti tak berpecah. Saya tak fikir parti berpecah, saya lawan Dr. Mahathir dulu, tetapi parti tak berpecah.

“Kita lawan di semua peringkat lagi kuat. Masing masing membawa pengikut masing masing lebih bertambah. Kita nak bawa orang baru (pelapis). Orang macam saya ni patut berhenti dah” katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat