Kuasa prestasi desktop AIO

- Advertisement -

SET desktop semua dalam satu atau ‘AIO’ yang baik dan mampu untuk memproses setiap bentuk tugasan rutin bermula daripada rutin biasa sehingga kepada rutin separa kompleks.

Lazimnya, desktop AIO ini tidak menawarkan kuasa prestasi yang baik untuk pemproses kritikal, namun untuk siri ini, ia mampu melaksanakan sebarang tugas tanpa masalah.

Pengguna hari ini cenderung memilih set desktop semua dalam satu kerana ia bukan saja menjimatkan ruang, namun memenuhi tugasan produktiviti dengan begitu baik.

Ada juga segmen pekerjaan pada hari ini yang mengguna pakai kaedah hibrid iaitu pekerja diberikan kebebasan untuk bertugas di rumah atau di pejabat.

Ia sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna untuk memilih set destop semua dalam satu (AIO) bagi memenuhi tujuan berkenaan.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna melihat set desktop baharu keluaran MSI iaitu daripada siri Pro AP272 12M.

Pengeluar perkakas komputer dan segmen permainan terkemuka, MSI memperkenalkan set desktop AIO Pro AP272 12M yang dikuasakan dengan variasi Intel Core i3 sehingga i7 generasi ke-12.

Menerusi desktop AIO berkenaan, ia menawarkan kuasa prestasi sesuai dengan penggunaan pada hari ini khususnya untuk memenuhi segmen produktiviti.

Menyentuh aspek spesifikasi, cip pemproses didatangkan dengan tiga variasi iaitu Intel Core i3-12100, Intel Core i5-12400 dan Intel Core i7-12700 bersama padanan memori (RAM) dua slot DDR4 frekuensi 3200MHz.

 

MSI perkenalkan set desktop AIO Pro AP272 12M yang dikuasakan dengan variasi Intel Core i3 sehingga i7 generasi ke-12.
MSI perkenalkan set desktop AIO Pro AP272 12M yang dikuasakan dengan variasi Intel Core i3 sehingga i7 generasi ke-12.

 

Padanan RAM berkenaan turut menyokong sehingga 64GB bersama slot storan M.2 SSD serta 2.5 inci HDD atau SSD.

Skrin untuk AP272 12M ini adalah bersaiz 27 inci dengan teknologi paparan IPS LED Backlight bersama MSI Anti-Flicker bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Sesuai dengan keperluan pengguna pada hari ini, AP272 12M ini didatangkan dengan webcam untuk resolusi definisi penuh.

Bagi memberi kestabilan penggunaan, desktop semua dalam satu ini menyokong sambungan WiFi 6 dengan keupayaan tiga kali ganda kelajuan serta jaminan 75 peratus pengurangan kelengahan termasuk sokongan sambungan MU-MIMO.

Untuk segmen produktiviti, AP272 12M adalah pilihan yang terbaik kerana menawarkan semua spesifikasi terkini di samping rekaan yang bersifat minimalis.

Pengguna tidak lagi perlu memikirkan untuk meletakkan set desktop atau ‘CPU’ yang besar atas meja sebaliknya AIO daripada AP272 12M ini memiliki semua ciri khusus yang diperlukan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat