Zombie Sebenarnya Wujud, Tapi Semut La

- Advertisement -

Semut boleh bertukar jadi zombie dan ia satu fakta.

Zombie-ants ini boleh ditemui di hutan negara tropika seperti Brazil di mana anda boleh menemuinya dengan melihat pada daun yang berada 25 sentimeter dari tanah.

Di bawah daun itu anda akan jumpa semut yang bergantung dengan mengigit pada bahagian tengah daun itu.

Sebenarnya semut itu sudah mati dan segala pergerakannya dikawal oleh kulat yang dinamakan Ophiocordyceps unilateralis.

Kulat patogen serangga itu ditemui oleh orang British bernama Alred Russel Wallace.

Parasit yang mengawal semut itu jika dijangkiti, seperti zombie.

Apabila dijangkiti, kulat itu makan semua nutrien dalam badan semut itu dan mengawal fikirannya.

Ia kemudian memaksa semut itu berlindung di bawah daun dengan bergantung pada stem daun tersebut, paling hampir dengan kelembapan yang diperlukan untuk kulat itu hidup.

Lebih menarik, kulat itu menjangkiti semua bahagian badan semut kecuali otaknya.

Setakat ini tak ada bukti yang kulat seperti itu atau jenis Cordyceps boleh menjangkiti manusia, jadi jangan risau… buat masa ini – RentakTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat