Bung Moktar cabar Shahelmy dan Andi bertanding tiket parti lain

KOTA KINABALU, – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional kawasan Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Suryady Bandi agar membuktikan kekuatan sebenar mereka dengan bertanding tanpa BN dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Bung berkata, sudah tiba masanya kedua-dua pemimpin itu berhenti berlindung di sebalik pengaruh dan jentera BN yang pernah membantu kemenangan mereka dalam PRN16 dan PRU15 lalu.

Kedua-dua pemimpin itu adalah antara 6 Adun BN yang tidak menyokong keputusan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji, dan kini tidak akan dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan jawatan.

“Kalau betul mahu bertanding, pucuk dicita ulam mendatang. Inilah masa untuk mereka buktikan keberanian sebenar tanpa bendera BN. Jangan lagi berselindung di sebalik jasa parti yang mereka tikam dari belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bung, rakyat Sabah kini semakin matang dalam menilai pemimpin dan tahu membezakan antara perjuangan ikhlas dengan kepentingan peribadi.

“Shahelmey dan Andi kini menjadi simbol politik tanpa pendirian sanggup menjual prinsip demi jawatan. Pengkhianatan mungkin beri kuasa sementara, tapi pengkhianat tidak akan pernah dihormati sejarah,” tegasnya.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah bersedia sepenuhnya menghadapi PRN17, bukan sekadar untuk menang, tetapi bagi menghapuskan “legasi pengkhianatan” yang mencalar maruah perjuangan politik Sabah.

Bung turut menyeru pengundi di DUN Tanjung Keramat dan Tanjung Batu bersatu padu menolak kedua-dua wakil rakyat berkenaan.

“Rakyat yang pernah menaikkan mereka, kini berhak menjatuhkan mereka demi memulihkan semangat perjuangan dan maruah Barisan Nasional,” ujarnya.

Kedua-dua mereka juga merupakan Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Parlimen Kinabatangan akan berhadapan risiko kehilangan kerusi itu juga bertanding atas tiket parti lain dalam PRN kali ini. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat