Pembangkang takut syarat tatakelola peruntukan halang belanja suka hati – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mahu peruntukan yang diberi contohnya RM1 juta tidak sampai kepada rakyat, akhirnya digunakan oleh sekelompok ahli Parlimen dan geng masing-masing atau membayar Tiktokers bagi tujuan politik.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hal demikian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut rundingan dengan blok pembangkang bahkan surat telah pun dihantar namun tidak disambut.

Jelas beliau, peruntukan wang rakyat tetap diberikan oleh kerajaan seperti biasa dalam bentuk projek-projek dan bantuan terus kepada rakyat di kawasan tersebut, dan perkara ini tidak menimbulkan masalah.

Namun kata Rafizi, apa yang dibangkitkan pembangkang ialah peruntukan ahli Parlimen untuk memohon wang bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.

“Wang rakyat memang diberikan tetapi dalam bentuk projek-projek dan bantuan terus kepada rakyat di kawasan itu contohnya subsidi bersasar, kita nak pastikan isi rumah keluarga akan dapat bantuan.

“Di bawah Kementerian Ekonomi sendiri mohon bantuan kepada rakyat misalnya bina jambatan, jalan, mengejar agensi-agensi kerajaan membaiki tandas, baiki atap, klinik.

“Bagaimanapun, apa yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen pembangkang dia mohon wang itu kepada dia sebagai ahli politik, contohnya nak RM1 juta beri kepada saya supaya saya boleh belanja sebagai wakil rakyat, pergi kenduri bagi RM500 sedangkan itu bukan duit dia, itu duit daripada peruntukan,” katanya.

Tambah Rafizi lagi, ini yang beliau sebut ia perlu dirundingkan terlebih dahulu kerana ia melibatkan syarat-syarat.

“Kita nak memastikan bahawa tatakelola tu kena supaya jangan kerajaan bagi RM1 juta, 2 juta tapi peruntukan tu tak sampai pun kepada rakyat ini digunakan di sekelompok ahli Parlimen dan geng masing-masing untuk membuat program masing-masing, membayar gaji masing-masing ka ataupun untuk membayar Tiktokers masing-masing jadi perkara-perkara begitu kita perlu perhalusi.

“Sebab itu Anwar kata rundinglah dulu. Pembangkang hanya dapat peruntukan zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas tandatangan MoU.

“Apa yang susah sangat nak mulakan proses rundingan mungkin kerana akan halang mereka berbelanja sesuka sendiri sesama mereka dan pasukan mereka,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat