Kuasa Menteri Kewangan kembali dipantau Parlimen – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyerahan kuasa Menteri Kewangan kembali kepada Parlimen untuk pemantauan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 bahawa Dewan Rakyat kelmarin telah meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Fiscal Responsibility Act (FRA).

“Dalam jangka sederhana, kita akan mencapai defisit fiskal 3 peratus atau lebih rendah kepada KDNK sepertimana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani.

“Alhamdulillah, kelmarin Dewan Yang Mulia ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau Fiscal Responsibility Act (FRA).

“Ini memperkukuh komitmen Kerajaan dalam memperteguh tatakelola serta menjamin ketelusan dan pertanggungjawaban.

“Apa yang dimaksudkan dengan FRA adalah penyerahan kuasa Menteri Kewangan kembali kepada Parlimen untuk memantau,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Anwar juga memberitahu, peningkatan subsidi tahun 2023 ditampung melalui penjimatan perbelanjaan lain dan penambahan hasil. Bagi tahun 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 bilion ketimbang RM291.5 bilion.

“Sebelumnya, jumlah defisit diunjur 5 peratus kepada KDNK sebagaimana ditetapkan.

“Bagi tahun hadapan, kerajaan menjangkakan pertumbuhan KDNK antara 4 hingga 5 peratus. Sekalipun diakui Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4.3 peratus. Dengan pembaharuan Ekonomi Madani yang bakal dilaksanakan, Kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri 5 peratus.

“Kutipan hasil Kerajaan 2024 dijangka menyaksikan peningkatan daripada 303.2 bilion ringgit tahun ini kepada 307.6 bilion ringgit. Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus ketimbang sasaran 5 peratus tahun ini dan 5.6 peratus tahun 2022,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat