4,367 Anggota RELA Bertindak Awal Hadapi Kemungkinan Banjir

- Advertisement -

PUTRAJAYA – 4,367 pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diatur gerak kerja bagi menghadapi sebarang kemungkinan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka November ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah RELA Datuk Yahya Sulaiman berkata, anggotanya akan diletakkan dalam keadaan siap sedia di bawah pengarahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi melaksanakan tindak balas awal sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan dan bencana di kawasan tanggungjawab masing-masing.

“Penugasan ini adalah berdasarkan punca kuasa di bawah Arahan MKN 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara yang jelas menerangkan antara tugas dan peranan RELA seperti mengadakan kawalan orang ramai dan lalulintas di tempat kejadian, memindahkan mangsa-mangsa bencana, membantu penyediaan di pusat pemindahan dan membantu pembersihan tempat-tempat awam” ujarnya.

Tambahnya, 41 buah lori 3 tan dan 36 buah pacuan empat (4) roda milik jabatan akan digerakkan bagi melancarkan tugas-tugas operasi bencana.

Yahya berkata, anggotanya turut menjalankan rondaan keselamatan dan pemantauan bencana di lokasi-lokasi berpotensi dan dijangka berdepan bencana.

“Pihak jabatan juga ingin memaklumkan kepada anggota RELA yang telah berdaftar dalam sistem MyRELA, anda dimohon melapor diri ke Pejabat RELA Daerah berhampiran bagi proses pengemaskinian dan pemprofailan anggota.”

“Masyarakat dimohon sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan situasi bencana pada kali ini dapat ditangani bersama dengan lebih berkesan”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat