Kutipan Dana Tabung Pahang4Palestine Kutip RM700,000 -MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kutipan derma untuk dana Tabung Pahang4Palestine untuk disumbangkan kepada rakyat Palestine berjaya dikutip sebanyak RM700,000.

Jelasnya lagi, dana RM700,000.00 yang berjaya dikutip itu akan digunakan untuk membaik pulih sekolah dan masjid di Bumi Gaza.

Selain itu katanya, dana ini akan digunakan untuk Projek Rakyat Pahang Di Bumi Gaza.

Ujar Wan Rosdy, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjadi penaung kepada kedua-dua kempen berkenaan.

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

“Petang ini, saya telah merasmi dan melancarkan Majlis Penutupan Kempen Kutipan Dana Tabung Pahang4Palestine dan Projek Rakyat Pahang Di Bumi Gaza.

“Turut bersama pada majlis yang dipancarkan secara langsung dari Pahang dan Gaza ialah Sdr Nadir Al Nuri Kamaruzaman, aktivis Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia dan dua (2) pemimpin utama rakyat Palestin iaitu Dr Ziad Thabet dan Dr. Abdul Hadi Al-Agha.

“Hasil kutipan terkumpul bagi Dana Tabung Pahang4Palestine ialah RM700,000.00 yang akan digunakan untuk membaik pulih sekolah dan masjid di Bumi Gaza.” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kempen Dana Tabung Pahang4Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Gaza yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang itu kelihatan sebak apabila lagu ‘Allah Selamatkan Sultan Kami’ dimainkan dan bendera Pahang dinaikkan di Gaza.

Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Kutipan Dana Pahang4Palestine dari sejak mula dilancarkan sehingga semalam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat