Sudah Sampai Masanya Untuk Anwar Bersara Dari Politik – Bersatu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menasihati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersara dari dunia politik.

Wan Saiful berkata Anwar telah berulang kali mengunakan taktik penipuan sehingga mengganggu kestabilan negara.

“Ini bukan kali pertama Dato’ Seri Anwar cuba menggugat kestabilan kerajaan dengan penipuan yang sama.

“Sekiranya inilah strategi terdesak yang beliau mahu gunakan, saya cadangkan beliau bersara sahaja daripada politik negara.

“Benarkan tokoh lain mengambil alih kepimpinan pembangkang agar pembangkang di negara kita boleh menjadi pembangkang yang konstruktif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi tindakan terdesak Anwar itu jelas membuktikan Presiden PKR itu lebih mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding rakyat.

“Anwar telah membohongi rakyat apabila mendakwa mempunyai cukup sokongan dalam usaha menggulingkan kerajaan.

“Apa yang difikirkan hanyalah cita-cita peribadi sahaja.

“Ia melambangkan betapa Anwar semakin lama semakin terpisah daripada denyut nadi rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa telah menyerahkan dokumen sahih berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan dokumen ketua-ketua parti kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi tadi.

Bagaimanapun kenyataan Anwar itu disanggah oleh pihak Istana Negara dalam satu kenyataan yang mendedahkan Presiden PKR itu gagal menyenaraikan 120 ahli Parlimen yang menyokong beliau.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat