Lawrence ‘pencuri hati’ Asia

- Advertisement -

PELAKON kacak kelahiran Malaysia, Lawrence Wong yang sebelum ini mencipta nama di Singapura kini menjadi tumpuan di China.

Sejak berhijrah ke China pada 2016, kerjaya lakonan anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini semakin berkembang.

Pada 2018, drama epik lakonannya iaitu Story Of Yanxi Palace menjadi antara drama paling popular di Asia dan ditonton lebih dari 15 bilion kali di platform tontonan digital iQIYI.

Memegang watak pembantu sebagai pengawal diraja istana bernama Hai Lancha, populariti Lawrence turut melonjak sepanjang drama itu ditayangkan.

Malah, pengikut akaun media sosial Weibo miliknya turut menunjukkan peningkatan pengikut dari 600,000 kepada tiga juta.

MEMBAWA watak sebagai pengawal diraja istana dalam drama Story Of Yanxi Palace.
MEMBAWA watak sebagai pengawal diraja istana dalam drama Story Of Yanxi Palace.
DRAMA Story Of Yanxi Palace yang melonjakkan nama Lawrence di China.
DRAMA Story Of Yanxi Palace yang melonjakkan nama Lawrence di China.

Lawrence turut mendedahkan bahawa dia mendapat lebih dari 5,000 mesej daripada peminatnya setiap hari di akaun media sosial.

Populariti luar biasa yang diraih pelakon berusia 32 tahun ini lantas menarik perhatian iQIYI untuk melantiknya sebagai duta antarabangsa pertama mereka pada 5 Ogos lalu bersempena tarikh kelahiran Lawrence.

Baru-baru ini, Lawrence berada di Johor Bahru untuk menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan iQIYI berjudul The Ferryman: Legends of Nanyang.

 

POSTER drama Story Of Yanxi Palace.
POSTER drama Story Of Yanxi Palace.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat