Bekalan Air Di Enam Kawasan Di Klang/Shah Alam Pulih Pagi Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekalan air di enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi ini.

Menurut kenyataan Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, setakat jam 7 pagi ini, bekalan air telah disalurkan semula ke semua kawasan-kawasan yang terlibat.

Ini berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah siap lebih awal daripada jadual.
“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 12:35 tengah malam, 13 Oktober 2020,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan informasi terkini bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam.
Katanya, kerja-kerja pembaikan paip pecah yang bermula jam 9 malam tadi dijangka siap jam 9 pagi ini dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat