Kecewa dengan netizen terlalu berpolitik, Pemengaruh Isa Isarb batalkan projek kembali menyumbang ke Sekolah

KUALA LUMPUR, – Pemengaruh media sosial terkenal, Isa Isarb, meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa membatalkan projek amal Back to School selepas videonya menyumbang pendingin hawa ke sebuah sekolah dijadikan modal serangan politik terhadap kerajaan.

Isa menegaskan, niat asal projek itu hanyalah untuk membantu guru dan murid dengan sumbangan peribadi, bukannya kerana kerajaan enggan menyalurkan dana.

Namun, segelintir pihak memanipulasi rakaman berkenaan hingga menimbulkan salah faham besar bahawa ia adalah kegagalan kerajaan.

“Ok, lagi sekali projek kita gagal. Projek Back to School gagal. Saya terpaksa delete daripada semua sosial media saya disebabkan satu pihak ni. Dah terlalu banyak kali berlaku, jadi saya terpaksa expose mereka ni,” katanya.

Menurut Isa, penyaluran dana penyelenggaraan oleh kerajaan mengambil masa kerana perlu melalui pelbagai peringkat permohonan.

“Kerajaan nak turunkan duit selepas pendingin hawa rosak, jadi cikgu kena mohon ikut prosedur. Proses tu boleh ambil masa enam bulan, malah sampai 12 bulan kalau dana tahun lepas dah habis. Ini bukan salah Kementerian Pendidikan Malaysia,” jelasnya.

Isa turut menegaskan, tuduhan kononnya beliau membongkar kelemahan kerajaan adalah tidak benar, sebaliknya bantuan itu adalah inisiatif peribadi.

Tekanan Berulang, Reputasi Tercalar

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu lagi contoh serangan berulang terhadap projek amalnya.

“Sama juga dengan kes maritim hari tu. Kita dah buat lima projek di Terengganu tanpa masalah. Tapi ada pihak pergi report, akhirnya nama saya dan agensi terbabit yang tercalar,” katanya.

Isa mengakui, dari sudut kewangan beliau tidak terkesan kerana pendapatan YouTube sahaja mencecah RM175,000 sebulan. Namun, setiap kali projek gagal, usaha membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa semakin perlahan.

“Kita keluarkan bajet lebih RM500,000 untuk content. Tapi kali ni saya nak 100% fokus buat sesuatu yang boleh tinggalkan nama dalam sejarah, yang akan dikenang sebagai bakti kepada negara,” tegasnya.

Beliau yang kini berada di China untuk projek hiburan antarabangsa mengakui sedang menimbang sama ada mahu teruskan inisiatif sekolah atau menghentikannya terus bagi mengelakkan salah faham politik berulang.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat