Kit Siang Lebih Percayakan Laporan KKM Berbanding Kisah Dramatik Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menegaskan beliau lebih percaya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berbanding kisah dramatik Datuk Seri Najib Razak.

Beliau malah menempelak Najib telah berubah daripada seorang Perdana Menteri yang paling sihat kepada “Bossku” yang menjaga kesihatan dan kini tiba-tiba bertukar kepada pesakit tenat yang menerima rawatan tidak baik di Penjara Kajang.

“Saya percaya dengan Ketua Pengarah Kesihatan dan doktor pakar di HKL berbanding dengan kisah dramatik Najib yang kononnya berubah dari Perdana Menteri yang paling sihat, seorang “Bossku” yang menjaga kesihatan dirinya, kepada tiba-tiba pesakit tenat yang menerima rawatan yang tidak baik di penjara.

“Sebab yang sama mengapa saya tidak percaya dengan tukang propaganda Najib yang mendakwa dia dipenjarakan kerana tidak adanya kedaulatan undang-undang dan kebebasan cabang kehakiman di Malaysia.

“Kini kelihatan seperti Najib dan tukang propagandanya telah berputus asa untuk mempertahankan Najib dari kes rasuah 1MDB, sebaliknya menumpukan usaha mereka untuk mengatakan yang dia dinafikan keadilan oleh pihak mahkamah,” bidas Veteran DAP itu dalam kenyataan pada Selasa.

Kit Siang juga menegaskan, kerajaan patut berikan Najib rawatan yang terbaik semasa dalam penjara, hak yang sepatutnya diberikan kepada semua banduan.

“Saya setuju sepenuhnya dengan anak Najib, Nooryana Najwa, dan menyeru kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan yang terbaik kepada Najib semasa dia berada dalam penjara, satu hak yang juga patut diberikan kepada semua banduan di Malaysia.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk memberikan Najib rawatan yang terbaik seperti yang diperlukan namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah telah menafikan yang Najib sakit serius.

“Beliau mengatakan, Najib dimasukkan ke HKL pada hari Jumaat, 9 September 2022 sebagai satu kes elektif untuk memastikan kesihatannya berada dalam “keadaan baik dan optimum”, penilaian dan ujian telah dijalankan oleh pakar kanan yang merupakan ketua klinik masing-masing dan pihak pengurusan HKL juga telah mengadakan persidangan keluarga (family conference) dua kali bersama dengan bekas perdana menteri tersebut bersama dengan keluarganya. Semua pakar bersetuju yang dia patut dibenarkan keluar dari HKL,” jelas Kit Siang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat