Bersatu yakin PAS komited dengan PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis tertinggi Bersatu Eddin Syazlee Shith berkata, beliau yakin PAS komited kepada Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan mengadakan pakatan lain dengan UMNO.

Eddin berkata, PAS merupakan antara parti yang melakukan pelancaran jentera pilihan raya PN bulan lalu dan parti itu tidak pernah memaklumkan kepada majlis pimpinan PN tentang hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO, lapor Utusan Malaysia.

“Kita sudah lancarkan jentera PN, takkanlah PAS mahu kerjasama dengan Umno lagi.

“Saya tidak fikir ahli-ahli PAS tidak mengikuti keputusan yang telah dipersetujui bersama parti komponen PN,” katanya.

Eddin berkata dia maklum tentang perbincangan “kerjasama” PAS-Umno tidak sama dengan pakatan pilihan raya.

“Terjemahan kerjasama ini boleh dalam pelbagai cara, dan bagi saya, saya yakin apa yang disebut itulah dia. Kalau PAS mahu mengekalkan hubungan dengan Umno tiada masalah untuk saya.

“Yang saya tahu, untuk ber­depan pilihan raya nanti PAS memang bersama Bersatu dalam PN.

“Namun, terlalu awal kita menjangkakan semua kemungkinan ini. Tetapi, apabila Umno sendiri tidak menyambut saranan PAS, ini kena fikir sendirilah,” katanya lagi.

Pemimpin tertinggi PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berulang kali mendakwa mereka sedang berbincang dengan UMNO.

Bagaimanapun, pemimpin UMNO berkali-kali menafikan perkara ini.

Pada awal tahun ini, UMNO Selangor menyuarakan idea untuk bekerjasama dengan PAS tetapi tiada perkembangan lanjut sejak itu.

Pemimpin UMNO telah menetapkan syarat bahawa sebarang kerjasama dengan PAS mesti didahului dengan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat