Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan Di Tujuh Negeri Malam Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalab Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Perak di Hulu Perak. Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang. Terengganu di Dungun dan Kemaman.

“Pahang di Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin. Johor di Segamat dan Kluang,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramalkan di Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman, manakala Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Beluran) – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat