Kalau tak faham tanya orang lama, pesan Nazri kepada Puad

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Puad Zakarshi yang menyamakan memorandum persefahaman (MoU)kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) dengan jajaran baru politik.

Nazri menjelaskan apa yang diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan mahu menubuhkan kerajaan bersama PH sebaliknya hanya kerajsama dalam Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, berbeza dengan apa yang diusahakan oleh sesetengah pihak dalam UMNO yang mahu membentuk kerajaan dengan PH.

“Bila ada usaha nak tarik sokongan daripada Perikatan Nasional, apakah kita nak jadi pembangkang? Kalau nak jadi kerajaan, nak tubuh kerajaan dengan siapa? Yang ada cuma PN dan PH. Tentu dengan PH.

“Bentuk kerajaan dengan PH itu jajaran baru, yang PM buat cuma kerjasama dalam Dewan Rakyat bukan bentuk kerajaan bersama.

“Puad ni kalau tak faham politik tanyalah dulu orang macam saya, otai yang tak pernah kalah PRU.

“Kalau tak boleh jaga pengundi di Batu Pahat tak payah lah bercakap macam tahu semua,” katanya kepada SuaraTV.

Nazri turut mengucapkan tahniah kepada perdana menteri kerana berjaya menyakini pembangkang bekerjsama bagi mengatasi masalah yang dihadapi negara dan melakukan reformasi parlimen.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Puad menyifatkan momokan sesetengah pemimpin UMNO terhadap slogan “No Anwar, No DAP” kini terpadam ekoran MoU yang dipersetujui bersama PH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat